Pengenalan MABIQ
MABIQ adalah singkatan daripada perkataan Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Qur’an yang diuruskan sepenuhnya oleh Kasih Mabiq Sdn. Bhd.
Syarikat ini ditubuhkan oleh Ustaz Hj. Jamaluddin Bin Hj. Abdul Jabbar bersama isterinya Ustazah Umee Ruziani Binti Ab Ghani. Secara amnya, Kasih Mabiq Sdn Bhd mempunyai tiga bahagian iaitu pertama MABIQ pendidikan, kedua MABIQ perniagaan dan ketiga MABIQ pelaburan.
MABIQ (Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran) ditubuhkan pada 3 Januari 2007 sebagai sebuah maahad tahfiz Al-Quran, akademik dan kemahiran yang berkonsepkan kebajikan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. Berlokasi di Lot 29738, Kampung Peramu, Tanjung Lumpur Kuantan, Pahang, MABIQ memulakan pengajian Al-Quran dan bahasa dengan bilangan pelajar seramai 20 orang sahaja.
Bagi menampung perbelanjaan maahad yang semakin meningkat, ditubuhkan Restoran MABIQ pada 1 Jan 2010. Keuntungan restoran sebanyak 100 peratus disalurkan untuk pembangunan dan pendidikan maahad. Restoran ini ditubuhkan untuk menyokong kelangsungan Maahad Tahfiz melalui pendekatan perniagaan yang strategik dan berasaskan nilai. Pada 13 Jun 2011 pula, MABIQ telah membuka cawangan maahad baru yang dinamakan Madrasah Al-Fatihah di Kampung Bukit Genting Tebing Tinggi Jerantut, Pahang. Manakala pada 1 Januari 2013, MABIQ membuka cawangan ketiga di Kampung Sepat Penor Kuantan, Pahang atas nama MABIQ Pantai Sepat.
Maahad Kami Diiktiraf